A malay post
Mungkin kerana aku tak berada dalam keadaan kau, aku tak faham fikiran kau. Aku minta maaf. Ini bukan kali pertama aku tidak memahami kau. Tapi sekurang-kurangnya aku memberi alasan. Aku tidak pernah mendesak. Tidak pernah mahu mengetahui daripada yang mahu kau ceritakan. Mungkin aku tidak pernah menyelami maksud hatimu tapi sekurang-kurangnya aku telah meluangkan masa mendengar keluhanmu. Cuma ini saja yang dapat aku berikan.
Kelmarin kau berkata mungkin hidup kau akan lebih bahagia kalau tidak perlu menanggung beban keluarga. Mungkin kau akan dapat melanjutkan pelajaran seperti aku kalau kau tidak perlu bekerja untuk menyara hidup mak dan adik-adik kau. Kau bertanya apakah akan terjadi kalau kau berhenti kerja, bagaimana pula dengan hidup mereka?
Rae,
Kau kesal dengan pendirianmu dulu? Kenapa?
Sebab sekarang kau merasakan tak semua perkara yang berlaku memerlukan alasan. Tindakan aku jua kadangkala tak mempunyai alasan. Agaknya sekarang kau merasakan kau harus menerima keadaan seadanya saja? Adakah kau lupa apa sebenarnya cita-cita kau? Sama ada melanjutkan pelajaran itu lebih utama daripada berbakti kepada mak yang terpenting dalam hidup kau?
Tengoklah dari perspektif yang lebih baik. Kau berkata tak mustahil kalau kau akan membenci sesiapa yang menghalang cita-cita kau dengan sengaja. Aku juga berfikir begitu. Tapi kenapa kau tidak lagi dapat menggariskan cita-citamu mengikut giliran keutamaannya. Atau kenapa kau mesti berasa terkilan jika kau memilih yang satu dan kecewa kerana meninggalkan yang lainnya. Putus asakah kau?
Ketahuilah ada masanya kita akan diuji. Percayalah kalau kau berjaya dengan ujian pertama ini, kau akan jadi lebih tabah. Pandanglah hidup ini dengan pandangan baru. Aku tahu jauh di dasar hati, kau masih belum lagi boleh mengalah.
Ya memang benar kejujuran kau itu penting dalam hidup, tapi kejujuran sahaja tidak memadai. Sesungguhnya semua kehidupan dan tindakan kita mestilah dipolitikkan. Tiada janji-janji manis untuk kehidupan. Tiada jalan mudah bila semuanya diputarbelitkan. Siapa kata petani itu tidak berusaha tapi hasilnya Tuhan saja yang tahu. Aku bukan berfikiran pasif. Tapi hakikatnya begitu. Tidak terlalu sukar untuk kau menerima pendapat ini, bukan?
Aku tak menafikan memang ada kemehawan di mana-mana. Tapi kenapa nak menafikan kemiskinan dan kesusahan hidup. Kita akan sentiasa diuliti dengan kepayahan hidup biarpun kau mengambil keputusan untuk buat apa saja. Tiada apa yang percuma dalam hidup ini. Kebenaran perlu diterima walaupun pahit. Kita telah dididik dengan budaya takut dan fobia yang remeh-temeh. Takut kepada perubahan dan kritikan. Itulah politik.
Kau berkata kau penakut sebenarnya. Tapi pada siapa? Aku? Tuhan? Ketakutan seorang yang berjiwa pejuang adalah menyembunyikan kebenaran. Dia akan berasa bersalah seumur hidupnya. Jangan membela diri dengan alasan belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan lagi. Aku tahu. Walaupun sudah membiasakan diri, kau tidak akan suka dengan kehidupan macam itu. Tak siapa yang suka. Aku tak hendak. Petani tak mahu. Tapi itulah sebenarnya kehidupan mereka. Apa lagi pilihan mereka?
Sudahlah Rae, apalah yang dapat aku katakan lagi. Hidup ini bukanlah sebaik yang aku sangkakan. Hanya keegoan yang akan menahanku daripada jatuh rebah. Tapi aku tidak kecewa. Barangkali perjuangan kita baru saja bermula.
Apa lagi yang kau cari, Rae?
9 Comments:
mungkin kata-kata inilah yang dicarinya selama ini. aku bangga, adanya teman sebegini. fikiran seiras, memang. perjuangan baru sahaja bermula. semuanya masih muda. panjang lagi perjalanan itu.
semoga berjaya & bahagia dengan apa yang dimiliki.
kenapa tiba tiba berbahasa melayu
malay kamu terror
saya amat amat takut hingga pengsan
=X
suyin: terima kasih. ada kawan seperti kau kebanggaan aku juga.aku bertuah berjumpa dgn kau.
genova: saja testing kalau kebrutalan berbahasa itu masih ada.ada lagi?
linsey: amat mengagumkan kan?kan? haha...tak apalah. 'agape' saja saya.
Jalan mesti perlu ke depan bukan belakang.
walk on, walk on,
with hope in your heart,
and you'll never walk alone... You'll never walk alone.
"kebrutalan"....lol
masih ada walaupun sudah kurang kebrutalannya
Hi, I'm tagging you for charity. You know what to do. Please go to my blog for the questions and don't forget to tell Idham that you've been tagged. Thanks a lot.
genova: ya. memang diakui bahawa kebrutalannya sudah amat berkurang.sebaikbaiknya berbahasa english semula rasanya.mungkin kebrutalan masih ada di situ.
p/s: look whos tagged me!!! thanks marinam.just so excited its you being in my blog.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home